Assalamualaikum semua...
Harini terasa nak makan nasi paprik pula. Dah lama tak makan. Rasanya tahun ni belum
makan lagi nasi paprik ni. Paprik ni mmg ramai dah tau resepinya kan. Memang sgt sedaplah dimakan dgn nasi panas. Hari ni aku nk kongsi resepi paprik ayam ni. selamat mencuba! konpem marveles!
Bahan-bahan (4 orang)
- ½ ekor ayam - dipotong kecil2
- 4 ulas bwg merah - ditumbuk
- 2 ulas bwg putih - ditumbuk
- 1 labu bwg besar - dimayang
- 5 biji cili padi - ditumbuk
- 2 btg serai - dititik
- 2 biji buah tomato - dipotong 4
- bunga kobis
- kacang buncis/panjang
- lobak merah
- jagung muda
- sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
- bahan-bahan perasa
Cara-cara
Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
Masukkan bahan yang ditumbuk tadi, kacau sekejap.
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
No comments:
Post a Comment