Monday, 21 October 2013

SET RESDUNG

(ALERGIK, RESDUNG, ECZEMA, GEGATA, ASTHMA)


Tanda-tanda resdung:
·         Hidung tersumbat
·         Lendir daripada hidung dan tekak
·         Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
·         Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
·         Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
·         Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca resdung:

·         Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
·         Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
·         Jangkitan gigi atas
·         Ketumbuhan di dalam hidung
·         Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
·         Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi resdung:

·         Jangkitan otak (meningitis)
·         Sakit tekak yang kronik
·         Jangkitan tulang muka
·         Memburukkan keadaan lelah
·         Berdengkur yang kronik
·         Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
·         Alahan hidung atau hidung sensitif
·         Selesema biasa yang melarat.

Petua Mencegah resdung


  • Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
  • Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
  • Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
  • Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
  • Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
  • Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
  • Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
  • Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
  • Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan.
  • Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah. 




No comments:

Post a Comment