Bahan-bahan ( 6 orang )
- 300g daging cincang (lagi senang kalau guna
daging burger sebab berperisa)
- 1 botol prego (yang kecil)
- 2-3 batang celery
- cendawan butang (sebanyak yang suka)
- 2 biji tomato (potong dadu)
- 1 biji lobak merah (dihiris halus)
- 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
- 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
- 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
- Sedikit lada sulah
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya
pakai dulang caserole besar - tak perlu direbus dahulu)
- 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
- 2 sudu besar mentega
- 4 sudu besar tepung gandum - boleh tambah
kalau nak likatkan kuah
- 1 peket Cheddar cheese (115g) - apa-apa jenama
pun boleh. Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair
untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
- 1-2 cawan susu segar (yang dalam kotak/botol
tu - boleh tambah kalau suka cheese sauce cair)
- Sedikit garam dan lada hitam/sulah untuk
perasa
- (Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti
capsicum, broccoli dll kalau nak)
- Boleh juga masukkan chicken cubes untuk perasa
tambahan
Cara-cara
- Panaskan oven 180 C
- Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis.
Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
- Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak,
kemudian masukkan daging cincang.
- Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga
daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa,
sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
- Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
- Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga
mendidih, padamkan api.
- Sediakan sauce pan, panaskan.
- Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung
gandum, kacau sehingga sebati.
- Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga
tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
- Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan
garam sedikit. Kemudian padamkan api.
- Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan
aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
- Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah
berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan
tuang sedikit cheese sauce tadi.
- Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah
kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan
kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
- Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau
sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)
- Bila ramai tanya kenapa bila potong lasagna tu
tak cantik, jangan bimbang. Memang lasagna ni lembik lepastu meleleh2
sebab cheese cair time tengah panas-panas tu. Kalau nak potong cantik,
tunggu sejuk sikit baru potong. Atau, masa masak cheese sauce tu, lebihkan
tepung untuk likatkan kuah. Bila masak, takdela lembik sangat :)
- Untuk sos Prego tu, guna je yang mana-mana
asalkan base dia tomato. Pastikan halal ye. Asalnya saya guna tomato puree
dan bolognaise herbs, tapi sebab tujuan asal masakan ni untuk nak cepat
dan memudahkan, saya cadangkan sos prego. Janji sodapppp :D
- Bagi yang masih ragu-ragu nak pakai intant
lasagna tu, belek resepi kat belakang kotak. Memang tak payah rebus. Yang
penting, kuah daging dan cheese sauce tu mampu melembutkan kepingan
lasagna. Kalau lapisan lasagna paling atas tu masak lembut tapi
menggeleding, maknanya kena letak lebih kuah daging dan cheese sauce
(curah biar sampai tak nampak langsung kepingan lasagna tu ye).
No comments:
Post a Comment