Monday, 11 November 2013

TIPS MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN CEPAT DAN SIHAT

Ramai yang berminat dan telah membeli Set Slimming nie.. Doa saya mudah-mudahan semua pelanggan saya mencapai berat ideal dan mendapat kesan yang diinginkan. Khas untuk customer saya yang telah membeli set slimming, tips bagaimana nak menurunkan berat badan dengan cepat dan sihat. Juga untuk anda semua pembaca setia liyanaharizan.blogspot.com

Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.
  1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
  3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
  4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 
  5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
  6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 
  7. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli ‘protein shakes’ dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
  8. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
  9. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
  10. Buat senaman ‘sit up’ dan ‘push up’ setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah ‘sit up’ dan ‘push up’ dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.
  11. Dan yang paling penting, jangan tinggalkan sarapan kerana mengikut kajian, individu yang tak ambil sarapan cenderung untuk makan lebih banyak pada hidangan seterusnya.
  12. Minum air kosong 3-4 Liter sehari untuk mebantu proses pelangsingan berjalan dengan lebih cepat.
Mudah-mudahan tips ringkas ini membantu. 

No comments:

Post a Comment